Sunday, December 2, 2012

Bahagian B Menulis Karangan


Langkah 1 Memahami dan memilih soalan
1.       Baca semua soalan dan fahami kehendak soalan.
2.       Pilih tajuk atau soalan yang kamu tahu dan kuasai formatnya.
3.       Cati kata kunci yang ditanya dalam soalan seperti bincangkan, tuliskan sepucuk surat, cara- cara dan sebagainya.

Langkah 2 Membuat rangka karangan
1.       Catatkan isi dan pengetahuan kamu terhadap tajuk atau soalan yang dipilih.
2.       Senaraikan dan susun isi- isi penting tersebut mengikut urutan iaitu pendahuluan, isi, dan penutup.
3.       Rangka karangan memberi panduan dan mengelakkan kamu mengulang atau terlupa isi- isi yang penting.

Langkah 3 Menulis Karangan
1.       Tulis karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat.
2.       Karangan yang baik mesti mempunyai pendahuluan, isi- isi penting dan penutup.
3.       Bagi bahagian pendahuluan dan penutup, kamu hanya perlu menulis satu perenggan.
4.       Bahagian isi- isi penting pula, sebaik- baiknya tiga hingga empat perenggan sahaja.
5.       Huraikan isi- isi penting tersebut berserta contohnya.
6.       Utamakan aspek- aspek bahasa seperti tatabahasa, struktur bahasa, imbuhan dan tanda baca.
7.       Pastikan karangan yang kamu tulis tidak terlalu panjang.

Langkah 4 Menyemak karangan
1.       Menyemak merupakan langkah paling penting yang perlu diikuti oleh calon.
2.       Selepas menyiapkan karangan, pastikan tiada kesalahan dari aspek bahasa yang boleh menyebabkan markah kamu dipotong.
3.       Pastikan tiada isi- isi penting yang tertinggal.
4.       Pastikan karangan yang ditulis tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
5.       Pastikan tulisan kamu kemas dan mudah dibaca oleh pemeriksa.

Apakah karangan yang lemah?
1.       Idea atau isi tidak disusun dengan baik.
2.       Karangan terlalu panjang atau kurang daripada jumlah yang dikehendaki.
3.       Karangan terkeluar daripada tajuk soalan dan menyalahi format karangan.
4.       Tiada penanda wacana sebagai tanda kesinambungan isi atau idea.
5.       Ayat yang tidak kreatif dan gramatis.
6.       Banyak kesalahan ejaan, tatabahasa dan ayat yang tidak sesuai.

1 comment:

  1. Maklumat yang cikgu paparkan dalam blog ini amat membantu murid-murid dalam menulis karangan dan mengelakkan murid-murid daripada terpesong daripada tajuk.

    ReplyDelete


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

About this blog

NAMA : WONG YIT MENG

KUMPULAN : EL-A01

NO.MATRIK : D 053320


Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Popular Posts