Panduan menjawab
Langkah 1: Memahami dan meneliti gambar
a.
Baca
arahan dengan teliti. Garisi kata kunci yang erdapat dalam arahan tersebut.
b.
Lihat
gambar dengan teliti dan cari maklumat yang terdapat di dalam gambar.
c. Bulatkan maklumat- maklumat tersebut.
Langkah 2: Kenal pasti kata kunci
a.
Kenal
pasti kata kunci pada setiap maklumat yang diperoleh.
I.
Menggergaji
papan
II.
Menolak
kereta sorong
III.
Mengikat
plastik sampah
IV.
Menghidangkan
makanan
V.
Mengecat
dinding
b.
Rangka
ayat daripada maklumat yang diperoleh( Kata tanya seperti siapa, apa, di mana,
bila, dan mengapa boleh membantu calon membina ayat daripada maklumat yang
terdapat di dalam gambar.)
Langkah 3 : Membina ayat lengkap
a.
Murid
dinasihatkan agar menulis ayatt berdasarkan aktiviti atau situasi yang hanya dapat
dilihat di dalam gambar. Elakkan ayat tersirat atau yang tidak terdapat dalam
gambar.
b.
Setiap
ayat yang ditulis hanya untuk satu aktiviti.
c.
Tidak
perlu menulis lebih daripada lima ayat kerana akan menjejaskan pemarkahan.
d.
Murid
tidak perlu menulis peribahasa dalam setiap ayat.
e.
Murid
boleh menulis nama watak uang terdapat dalam gambar.
Contoh jawapan
1.
Encik
Chong menggergaji papan dengan menggunakan sebilah gergaji yang tajam.
2.
Pak
mat sedang menolak kereta sorong yang berisi daun dan ranting kayu.
3.
Encik
Raman mengikat plastik sampah yang sudah penuh untuk dibuang.
4.
Beberapa
orang wanita menyediakan makanan untuk para peserta gotong- royong.
5.
Encik
Lee sedang mengecat dinding dewan dengan berhati- hati.
|
Langkah 4: Menyemak
a.
Selepas
siap menulis jawapan, semak penggunaan perkataan, ejaan, imbuhan, tanda baca
dan struktur aya. Kesalahan bahasa boleh menjejaskan markah.
b.
Pastikan
setiap ayat yang ditulis dinomborkan.
c.
Semak
semula jawapan yang ditulis bagi memastikannya benar- benar berdasarkan gambar.
Maklumat yang cikgu tulis ini memberi banyak faedah kepada para pelajar~
ReplyDeleteMaklumat ini amat mudah difahamikan, ini membolehkan saya dapat menghadapi peperiksaan saya, terutamanya BM kertas 2, dengan begitu mudah. Terima kasih
ReplyDelete