Langkah 1 Memahami dan memilih soalan
1.
Baca
semua soalan dan fahami kehendak soalan.
2.
Pilih
tajuk atau soalan yang kamu tahu dan kuasai formatnya.
3.
Cati
kata kunci yang ditanya dalam soalan seperti bincangkan, tuliskan sepucuk
surat, cara- cara dan sebagainya.
Langkah 2 Membuat rangka karangan
1.
Catatkan
isi dan pengetahuan kamu terhadap tajuk atau soalan yang dipilih.
2.
Senaraikan
dan susun isi- isi penting tersebut mengikut urutan iaitu pendahuluan, isi, dan
penutup.
3.
Rangka
karangan memberi panduan dan mengelakkan kamu mengulang atau terlupa isi- isi
yang penting.
Langkah 3 Menulis Karangan
1.
Tulis
karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat.
2.
Karangan
yang baik mesti mempunyai pendahuluan, isi- isi penting dan penutup.
3.
Bagi
bahagian pendahuluan dan penutup, kamu hanya perlu menulis satu perenggan.
4.
Bahagian
isi- isi penting pula, sebaik- baiknya tiga hingga empat perenggan sahaja.
5.
Huraikan
isi- isi penting tersebut berserta contohnya.
6.
Utamakan
aspek- aspek bahasa seperti tatabahasa, struktur bahasa, imbuhan dan tanda
baca.
7.
Pastikan
karangan yang kamu tulis tidak terlalu panjang.
Langkah 4 Menyemak karangan
1.
Menyemak
merupakan langkah paling penting yang perlu diikuti oleh calon.
2.
Selepas
menyiapkan karangan, pastikan tiada kesalahan dari aspek bahasa yang boleh
menyebabkan markah kamu dipotong.
3.
Pastikan
tiada isi- isi penting yang tertinggal.
4.
Pastikan
karangan yang ditulis tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
5.
Pastikan
tulisan kamu kemas dan mudah dibaca oleh pemeriksa.
Apakah karangan yang lemah?
1.
Idea
atau isi tidak disusun dengan baik.
2.
Karangan
terlalu panjang atau kurang daripada jumlah yang dikehendaki.
3.
Karangan
terkeluar daripada tajuk soalan dan menyalahi format karangan.
4.
Tiada
penanda wacana sebagai tanda kesinambungan isi atau idea.
5.
Ayat
yang tidak kreatif dan gramatis.
6.
Banyak
kesalahan ejaan, tatabahasa dan ayat yang tidak sesuai.
Maklumat yang cikgu paparkan dalam blog ini amat membantu murid-murid dalam menulis karangan dan mengelakkan murid-murid daripada terpesong daripada tajuk.
ReplyDelete