Tuesday, November 13, 2012

Teka Teki

Teka-teki

Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka? 

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan tulangnya satu

Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah. 

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tanduk di hidung?




Jawapan: Udang, Belon, Sotong, Cili, Badak sumbu.



7 comments:

  1. Tahniah, anda telah berjaya mencipta blog yang menarik !

    ReplyDelete
  2. saya suka lagu ini dan nilai-nilai murni yang boleh kita menjadi insan yang berguna.
    sila beri komen kepada saya, terima kasih!
    blog saya:http://tangeokhwa1963.blogspot.com/

    ReplyDelete


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

About this blog

NAMA : WONG YIT MENG

KUMPULAN : EL-A01

NO.MATRIK : D 053320


Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Popular Posts