Monday, December 3, 2012

Sama- samalah belajar kata nama, kata ganti nama, dan kata kerja




Adik- adik, marilah belajar huruf A-Z


Huruf kecil a-z
Arahan: Sambungkan huruf a-z supaya menjadi sebuah gambar yang menarik, kemudian warnakannya.


Huruf besar A-Z
Arahan: Sambungkan huruf A-Z supaya menjadi sebuah gambar yang menarik, kemudian warnakannya.



Sunday, December 2, 2012

Bahagian B Menulis Karangan


Langkah 1 Memahami dan memilih soalan
1.       Baca semua soalan dan fahami kehendak soalan.
2.       Pilih tajuk atau soalan yang kamu tahu dan kuasai formatnya.
3.       Cati kata kunci yang ditanya dalam soalan seperti bincangkan, tuliskan sepucuk surat, cara- cara dan sebagainya.

Langkah 2 Membuat rangka karangan
1.       Catatkan isi dan pengetahuan kamu terhadap tajuk atau soalan yang dipilih.
2.       Senaraikan dan susun isi- isi penting tersebut mengikut urutan iaitu pendahuluan, isi, dan penutup.
3.       Rangka karangan memberi panduan dan mengelakkan kamu mengulang atau terlupa isi- isi yang penting.

Langkah 3 Menulis Karangan
1.       Tulis karangan berdasarkan rangka yang telah dibuat.
2.       Karangan yang baik mesti mempunyai pendahuluan, isi- isi penting dan penutup.
3.       Bagi bahagian pendahuluan dan penutup, kamu hanya perlu menulis satu perenggan.
4.       Bahagian isi- isi penting pula, sebaik- baiknya tiga hingga empat perenggan sahaja.
5.       Huraikan isi- isi penting tersebut berserta contohnya.
6.       Utamakan aspek- aspek bahasa seperti tatabahasa, struktur bahasa, imbuhan dan tanda baca.
7.       Pastikan karangan yang kamu tulis tidak terlalu panjang.

Langkah 4 Menyemak karangan
1.       Menyemak merupakan langkah paling penting yang perlu diikuti oleh calon.
2.       Selepas menyiapkan karangan, pastikan tiada kesalahan dari aspek bahasa yang boleh menyebabkan markah kamu dipotong.
3.       Pastikan tiada isi- isi penting yang tertinggal.
4.       Pastikan karangan yang ditulis tidak terlalu panjang atau terlalu pendek.
5.       Pastikan tulisan kamu kemas dan mudah dibaca oleh pemeriksa.

Apakah karangan yang lemah?
1.       Idea atau isi tidak disusun dengan baik.
2.       Karangan terlalu panjang atau kurang daripada jumlah yang dikehendaki.
3.       Karangan terkeluar daripada tajuk soalan dan menyalahi format karangan.
4.       Tiada penanda wacana sebagai tanda kesinambungan isi atau idea.
5.       Ayat yang tidak kreatif dan gramatis.
6.       Banyak kesalahan ejaan, tatabahasa dan ayat yang tidak sesuai.

Bahagian A Memindahkan Maklumat


Panduan menjawab
Langkah 1: Memahami dan meneliti gambar
a.       Baca arahan dengan teliti. Garisi kata kunci yang erdapat dalam arahan tersebut.
b.      Lihat gambar dengan teliti dan cari maklumat yang terdapat di dalam gambar. 
c.       Bulatkan maklumat- maklumat tersebut.



Langkah 2: Kenal pasti kata kunci
a.       Kenal pasti kata kunci pada setiap maklumat yang diperoleh.
                                 I.            Menggergaji papan
                               II.            Menolak kereta sorong
                             III.            Mengikat plastik sampah
                             IV.            Menghidangkan makanan
                               V.            Mengecat dinding
b.      Rangka ayat daripada maklumat yang diperoleh( Kata tanya seperti siapa, apa, di mana, bila, dan mengapa boleh membantu calon membina ayat daripada maklumat yang terdapat di dalam gambar.)
Langkah 3 : Membina ayat lengkap
a.       Murid dinasihatkan agar menulis ayatt berdasarkan aktiviti atau situasi yang hanya dapat dilihat di dalam gambar. Elakkan ayat tersirat atau yang tidak terdapat dalam gambar.
b.      Setiap ayat yang ditulis hanya untuk satu aktiviti.
c.       Tidak perlu menulis lebih daripada lima ayat kerana akan menjejaskan pemarkahan.
d.      Murid tidak perlu menulis peribahasa dalam setiap ayat.
e.      Murid boleh menulis nama watak uang terdapat dalam gambar.

Contoh jawapan
1.       Encik Chong menggergaji papan dengan menggunakan sebilah gergaji yang tajam.
2.       Pak mat sedang menolak kereta sorong yang berisi daun dan ranting kayu.
3.       Encik Raman mengikat plastik sampah yang sudah penuh untuk dibuang.
4.       Beberapa orang wanita menyediakan makanan untuk para peserta gotong- royong.
5.       Encik Lee sedang mengecat dinding dewan dengan berhati- hati.

Langkah 4: Menyemak
a.       Selepas siap menulis jawapan, semak penggunaan perkataan, ejaan, imbuhan, tanda baca dan struktur aya. Kesalahan bahasa boleh menjejaskan markah.
b.      Pastikan setiap ayat yang ditulis dinomborkan.
c.       Semak semula jawapan yang ditulis bagi memastikannya benar- benar berdasarkan gambar.

Thursday, November 22, 2012

NILAI-NILAI MURNI

PENULISAN BAHAGIAN C ULASAN 
KATA-KATA KUNCI 
NILAI-NILAI MURNI/ PENGAJARAN/ AMALAN BAIK

1. Adil
2. Amanah
3. Baik hati
4. Bekerjasama
5. Berani
6. Berdikari
7. Berdisiplin
8. Berhati- hati
9. Berhemah tinggi
10. Berjimat cermat
11. Bersatu- padu
12. Bersimpati
13. Bersopan- santun
14. Bersyukur
15. Bertanggungjawab
16. Bertoleransi
17. Ikhlas
18. Jujur
19. Kasih sayang
20. Kebebasan
21. Keserdehanaan
22. Mematuhi undang- undang
23. Mencintai alam sekitar
24. Menepati masa
25. Menghargai masa
26. Menghormati
27. Menjaga kebersihan
28. Menjaga maruah 
29. Patriotik
30. Peramah
31. Pemurah
32. Prihatin
33. Rajin
34. Gigih
35. Rasional
36. Sabar
37. Taat
38. Tabah
39. Tolong menolong
40. Berkeyakinan diri
41. Menjaga keselamatan

Contoh format menulis Ulasan
Kita haruslah + nilai murni + contoh yang didapati daripada petikan.  Seterusnya, kita hendaklah + nilai murni + contoh yang didapati daripada petikan.  Selain itu, kita patutlah + nilai murni + contoh yang didapati daripada petikan,  Akhir sekali, kita perlulah + nilai murni + contoh yang didapati daripada petikan.

Belajar Membaca

Tuesday, November 13, 2012

Teka Teki

Teka-teki

Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka? 

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan tulangnya satu

Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah,
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah. 

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tanduk di hidung?




Jawapan: Udang, Belon, Sotong, Cili, Badak sumbu.




MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

About this blog

NAMA : WONG YIT MENG

KUMPULAN : EL-A01

NO.MATRIK : D 053320



Powered by Blogger.

Followers

Total Pageviews

Popular Posts